Saturday, May 17, 2008

Flying colours...

Despite all the negativity that has been surrounding the 'Speed Racer' movie due to the excessive use of colours (they used a hell lot of bright colours) I must say I enjoyed it very much. Heck, I wouldn't mind watching it again eventhough there was nothing spectacular about the story line. It's like a mature version of those Disney movies but I enjoyed the movie nevertheless thanks to the really colourful world of racing. Lol..I love colours!The effects were really superb that it made me wanna drive a Mach 5! Yeah right. I can't even drive the bloody Viva! Tinggi betul cita-cita. Another thing worth mentioning is how the story started. I was hooked right from the beginning thanks to their effective opening. Sounds familiar Mass Com/English students? Lol. They certainly know how to jump start the movie. This movie has definitely passed with flying colours in my book. Gosh, I love puns! :)














p.s.: I just realized how hot Matthew Fox is.

Thursday, May 8, 2008

'Dramatik' Expression

One of my dearest friends, has been pressuring me to update my blog and so I shall. Nah, that is dusta belaka. Tuan hamba would never do such a thing for that would be mean and a sahabat sejati would never do anything mean to another sahabat sejati... Bukan begitu tuan hamba? Mwahaha... In order to show my patriotisme towards our country, I shall post this in our national language. Lol.

Tanggal 7 bulan 5 tahun 2008...

Tarikh yang amat keramat sekali bagi hamba. Kenapa hamba berkata demikian? Tuan hamba di luar sana bersungguh-sungguh ingin tahu? Baiklah, hamba akan ceritakan. Tarikh ini amat penting bagi hamba kerana pada hari tersebutlah hamba telah menemui jawapan kepada satu persoalan yang agak selalu bermain di fikiran hamba. Tuan hamba ingin tahu jawapannya? Soalannya saja belum dikasi tahu gi mana mau tau jawabannya? Maaf, hamba tiba-tiba sahaja teringatkan si Mela, rakan hamba dari Indonesia. Apa dia masih ingat gak bahawa kita ada presentasi pada hari Isnin minggu depan? Ah! Apa saja yang aku mengarut ini??? Maaf, maaf. Dimana kita tadi?

Oh, ya. Persoalannya. Ya, pada hari Rabu itulah hamba benar-benar mengerti mengapa filem-filem dari Hong Kong(terutamanya filem-filem Stephen Chow) begitu lawak dan hebat sekali. Hal ini kerana(macam buat karangan SPM la plak) orang Cina memang lawak dan gila sekali. Bak kata si Mela, 'Lucu banget'. Ingin hamba tegaskan disini bahawa perkataan 'lawak' dan 'gila' dalam konteks ini bukan membawa maksud negatif, tetapi positif . Dan ingin juga hamba tegaskan bahawa ini bukanlah satu 'stereotype' kepada orang Cina kerana sesiapa sahaja, tidak kira bangsa dan agama boleh menjadi lawak dan gila. Lagipun, hamba bukanlah seorang yang mengamalkan perbuatan 'stereotyping' yang bodoh lagi tidak munasabah itu.

Pada petang Rabu itu, hamba bersama ahli-ahli kumpulan yang lain telah berkumpul di 'ampitheatre' kampus bagi mengadakan perbincangan mengenai drama yang akan kami persembahkan dalam masa 2 minggu lagi. Drama ini merupakan salah satu projek bagi mata pelajaran 'Pengajian Malaysia' atau 'Malaysian Studies' kami. Si Tiqa, atau lebih manis dipanggil 'Opah' telah awal-awal lagi gila kuasa(haha lame tak pakai ayat ni) lalu bertindak sebagai ketua kumpulan. Sungguhpun dia gila kuasa, dia mempunyai kemampuan untuk mengatur segala perancangan dengan baik oleh sebab itu hamba tidak kisah jikalau dia menjadi nakhoda kapal. Anak-anak kapal yang lain juga nampaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kepimpinan rakan hamba yang seorang lagi ini.

Jadi kami semua telah berbincang dan telah mengadakan satu sesi latihan yang amat singkat sekali. Si Tiqa telah menerangkan kepada hamba dan rakan-rakan yang lain babak-babak yang terdapat dalam drama kami serta menyuruh kami berlakon secara spontan just to get the gist of the story. Macam test drive la. Eh?Ape kejadah keluar bahasa omputeh? No matter. Kita tukar gear.... Proses 'test drive' ini amat penting kerana bukan semua ahli kumpukan kami orang Malaysia. Ada yang datangnya nun jauh dari benua lain iaitu Afrika dan ada seorang yang datangnya dari Indonesia iaitu si Mela. Tapi si Mela tidak berlakon. Tugasnya lebih kepada hal-hal dibelakang tabir.

Dek kerana kami diberi sepenuh kebebasan untuk melakonkan watak-watak kami, berbagai- bagai aksi telah ditonjolkan dan hal inilah yang telah membuatkan hamba membuat 'thesis statement' seperti di perenggan kedua tadi. Ya, hamba tahu 'thesis statement' sepatutnya berada di perenggan pertama tapi apakan daya. Hamba telah banyak merapu dalam perenggan pertama oleh sebab itu terpaksalah thesis statement tersebut ditolak ke perenggan kedua. Stanley, sebagai watak utama memang gila nak mampos! wakaka... cara penghayatan wataknya amat dahsyat sekali sehingga hamba dan rakan-rakan yang lain tidak kering gusi. Penghasilan air liur kami oleh kelenjar air liur amat aktif sekali tatkala melihatnya berlakon. Suasana bertambah gamat dengan kehadiran Jimmy dan Chen Wern(maaf jika ejaannya salah), sebagai pengganti kepada dua orang ahli kumpulan kami yang tidak menghadirkan diri sewaktu perjumpaan tersebut.

Lakonan Nasa dan Farid juga boleh tahan cuma lakonan Ly Vern, Sky dan hamba sendiri agak hambar berbanding yang lain. Ternyata kami bertiga bukanlah Raja Lawak. Tidak mengapa, kami masih mempunyai waktu untuk berlatih. Dengar kata, Opah mahu mengadakan 3 sesi latihan pada minggu depan. Ah... tidah sabar rasanya untuk kami beraksi di atas pentas Hall of Fame nanti. Nantikan kemunculan kami! Wakaka...

* Hamba sengaja tidak memberitahu tajuk drama yang akan kami persembahkan kerana takut dipancung oleh si Tiqa.