Monday, July 14, 2008

Tidak Kesepian

Hari ni tidak jauh bezanya dari hari-hari yang lain. Aku lakukan tugas-tugasku seperti hari-hari cuti yang lain. Apa yang membuatkan hari ni best adalah sebab hari ni hujan. Syok je aku layan katil. 2 jam aku tidur. Giler layan. Hehe. Siap mimpi tu. Ape ntah yang aku mimpi. Mengarut betul. Mula-mula mimpi pasal monyet 'attack' kepala adik aku. Pas tu mimpi... hmm... ntah. Tak ingat. Tapi pelik gak ar. Bangun-bangun, mak aku bawak balik goreng pisang ngan teh tarik. Chantek... Memang diriku selalu kebuluran tatkala bangkit dari tidur. Ape lagi... Kami 5 branak balun goreng pisang ngan teh tarik.

Bile perut dah kenyang, mak ku mengeluarkan statement berikut... 'Jom gi tgk sepi'. So aku, mak ngan adik pon gi la ke Galaxy Ampang, port wayang kami. Haih... tapi sayang... Aku berasa tidak puas hati dengan filem tersebut. Aku pergi dengan harapan yang tinggi menggunung tapi apa yang aku dapat? Kedukaan yang melampau! Sekali lagi aku tertipu oleh trailer!
Haha. X sepi langsung filem tu... Ok la..adela rase sedih. Hatiku seperti hati manusia-manusia lain juga... Bukan diperbuat daripada batu. Tapi tak de la sedih sangat cerita nya. Cuma yang aku suka part Afdlin Shauki sebab part dia lawak. Hehe. Selain itu, cinematography dia pon agak cun. Scene kegemaranku time Vanidah Imran ngan Afdlin main balin-baling bende kat dapur. Memang cute scene tu.

Secara keseluruhan ceritanya boleh tahan la.Ramai yang berpendapat bahawa filem ini amat menyentuh jiwa dan tidak kurang juga yang menganggap bahawa filem ini adalah antara filem yang terbaik yang terdapat di Malaysia. Entahlah, aku lebih suka filem Khabir Bhatia yang dulu, 'Cinta'. Aku rase filem tu lagi menusuk kalbu. Haih...xpe2..lain orang lain lidahnya ye dak? Yang penting jangan biarkan diri anda diselubungi sepi...

2 comments:

© b lo o d y h o n e y 2 8 said...

huhu...aku rindu sama panggung wayang..huhuhu...

the one said...
This comment has been removed by the author.