Friday, November 21, 2008
Kematangan
Kematangan. Sesuatu yang sukar untuk diperjelaskan apatah lagi digambarkan. Maksudnya sudah tentu saja terdapat dalam mana-mana kamus Dewan Bahasa tetapi maksud perkataan itu pastinya berbeza buat setiap individu. Bukan begitu? Entahlah. Tapi yang pasti kematangan tidak boleh diukur oleh umur kerana orang yang telah lanjut usianya pon belum tentu lagi matang pemikirannya. Minda belum merdeka. Haha. Klise sungguh bunyinya. Tetapi inilah hakikat. Kematangan itu terbentuk apabila kedua-dua otak dan hati digunakan untuk berfikir. Kematangan itu lahir apabila keputusan yang dibuat bukan mengikut hawa nafsu semata-mata. Dan kematangan itu akan lebih menyerlah apabila seseorang itu mengakui kesilapan diri, bukan menuding jari dan terus merperbaiki diri. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Oleh sebab itu, jadikan kesilapan semalam pengajaran buat hari ini dan hari-hari berikutnya. Aku sendiri tidak pasti jika aku ini telah matang tetapi aku yakin... Aku lebih matang dari semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment